Berikut adalah Lirik dari lagu berjudul Bahan Terlarang 2 yang dibawakan oleh Fiq7.
Verse :
Badan lemah nafas sesak
Andai mati bertemu tak elak
Bukan mengalah cuma menyesal
Banyak berlaku luar kawalan
Bawah pengaruh
Bawah pengaruh bahan terlarang
Pulas minyak fikir aku silap
Mungkin nanti bawah tanah gelap
(maka akan datang dua malaikat
yang bernama Munkar dan Nakir)
Woh, aku pun nak rasa senang
Aku pun nak hidup rasa tenang
Aku pun nak takde masalah
Tapi hidup tak selalu indah
Impian aku mahu bertemu
Tuhan aku Rab yang Maha Satu
Tulisan ni bukan hanya dengarkan
Tulisan ni akhir aku tuliskan
Lagu ini sudah ada chorus
Tetap ada banyak kisah hidup
Terlalu kejar dunia
Hampir lupa tujuan sebagai hamba
Tak pernah tahu ajal menjelma
Mungkin sebentar lagi akan sampai
Bila nafas aku sampai di halkum
Keluarga aku pun tak boleh tolong
Chorus :
Kau pun tahu..
Jalan ni bukan jalan aku mahu..
Penuh masalah di dalam fikiran
Aku hanya insan yang punya harapan
Aku nak kau tahu..
Jalan ni bukan jalan ku mahu..
Fikiran ku mulai melayang..
Aku hanya insan yang penuh harapan..
Verse :
Tercipta satu dunia
Antara aku dan dia
Sukar untuk ku keluar
Dah banyak episode duka
Candu dunia nikmat tu hanya sebentar
Bila difikir aku gelisah
Jika tak dapat ku mula marah
Dalam khayalan tinggi
Ku hilang arah tiada pilihan dicari
Poket kosong ku minta wang saku
Alasan mahu cari kerja kosong
Tapi di belakang kau tipu dia
Kau guna untuk hasil yang bercanggah
Dibawah akta barang yang terlarang
Duit ku guna hanya untuk terbang..
Chorus :
Kau pun tahu..
Jalan ni bukan jalan aku mahu..
Penuh masalah di dalam fikiran
Aku hanya insan yang punya harapan
Aku nak kau tahu..
Jalan ni bukan jalan ku mahu..
Fikiran ku mulai melayang..
Aku hanya insan yang penuh harapan..
Verse :
Aku pun taknak diri ni hilang
Aku pun taknak hidup dalam bayang
Tapi untuk kau ku cuba berubah
Tahan diri dari heroin, kokain, ectasy
Ni semua barang terlarang..
Ku berusaha untuk keluar
Supaya diri tak lagi tercemar..
Maafkan aku ibu
Anakmu ini bukan nombor satu
Maafkan aku dulu selalu buat muka ibu malu
Aku gagal jadi yang terbaik
Macam anak-anak orang lain
Tapi sekarang percaya aku
Anakmu ini dah berjaya ibu (salam)
Credits
- Penerbit (Penerbitan Muzik) : Rhunut Music Sdn. Bhd.
- Komposer : Fiq7
- Penulis Lirik : Fiq7
- Penerbit Muzik : Mas Dewangga, Jova Devito
- Penggubah Muzik : Mas Dewangga, Jova Devito
- Gitar : Mas Dewangga
- Adunan : Luth Musa
- Mastering : Luth Musa
